Rabu, 23 Februari 2011

GABUNGJALIN.

gabung
  1. ikat, berkas
    Ayat: tiga gabung tebu;
  2. bergabung terikat dalam satu berkas, berikat
    Ayat: batang-batang tebu yang gabung ;
  3. bersama-sama menjadi atau bertindak sebagai satu kumpulan (golongan)
    Ayat: rakyat daripada berbagai-bagai kaum gabung untuk menyuarakan ikrar kebangsaan;
  4. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu
    Ayat: kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya gabung dengan parti kami;
  5. menggabung mengikat (beberapa batang tebu dan lain-lain) menjadi satu, memberkas
  6. gabung menggabungkan
  7. menggabungkan mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas)
  8. mencantumkan (menyekutukan) dalam satu kumpulan atau golongan yang lebih besar, menyatukan
    Ayat: langkah-langkah yang diambil untuk gabung badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai gabung semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; gabung diri dengan menyekutukan diri dengan, bersatu dengan, menyertai
  9. tergabung terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dalam satu ikatan)
  10. terikat (tercantum) dalam satu kumpulan (golongan) yang lebih besar
  11. gabungan berkas, ikat(an)
    Ayat: lidi-lidi yang diikat ini agak besar gabungnya;
  12. persatuan yang terjadi daripada ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan
    Ayat: Ggabung Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung;
  13. cantuman atau satuan yang terdiri daripada dua atau beberapa unsur dan sebagainya
    Ayat: gabung pemikiran antara ahli profesional daripada berbagai-bagai organisasi dan institusi;
penggabungan
  1. perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yang besar)
    Ayat: mesyuarat penggabungan badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur.
pergabungan
  1. perihal bergabung (bercantum atau bersekutu)
    Ayat: pergabungan beberapa buah pertubuhan dan persatuan;

PENGGABUNGJALINAN
maksud sebenar penggabungjalinan ini ialah proses menggabungkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan satu pelajaran yang integratif dan menyeluruh.Antara kemahiran-kemahiran asas yang dimaksudkan adalah mendengar, melihat. bercakap. membaca mengira, menulis dan melukis Dengan pendekatan ini, suasana pembelajaran pelajar lebih bermakna berbanding dengan pengajaran secara tradisi yang kebiasaanya guru sebagai penyalur maklumat dan pelajar hanya duduk mendengar dan mencatat isi penting sahaja.

            Penyerapan pendekatan gabung jalin dalam proses pembelajaran dan pengajaran (p&p) adalah satu inovasi dan anjakan ke arah mewujudkan suasana p&p yang kondusif bagi menimbulkan minat dan rasa seronok dalam kalangan pelajar. Sebagai guru pelatih, ianya menjadi cabaran dalam mengaplikasi dan mengintegrasikan ilmu-ilmu keguruan yang telah dipelajari dalam konteks sebenar. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka proses pendekatan gabung jalin yang memberi tumpuan yang seimbang antara akademik, kesihatan, kemahiran fizikal dan kestabilan emosi agar dapat meningkatkan pencapaian dan penglibatan pelajar secara aktif dalam proses p&p.

            Tinjauan awal telah dilakukan dalam mengenalpasti faktor-faktor yang menjadi punca kepada kurangnya penglibatan pelajar di dalam P&P dan juga kurangnya kemahiran-kemahiran tertentu seperti kemahiran membaca, melukis dan sebagainya. Teknik pemerhatian, senarai semak dan temubual serta refleksi pengkaji digunakan untuk pengumpulan dan penganalisisan data. Didapati pendekatan gabung jalin amat sesuai digunakan oleh guru-guru pelatih semasa P&P dijalankan. Ia telah dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri di dalam kelas semasa proses P&P sekaligus dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar dari semua aspek di dalam pembelajaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan