Rabu, 23 Februari 2011

tembikar

TEMBIKAR
Pengenalan
            Peribahasa Melayu ada mengatakan : Ditetak belah, dipalu belah tembikar juga akan jadinya yang membawa erti walau bagaimanapun diseksa atau disakiti, kesudahannya jadi mayat juga.Melalui peribahasa Melayu, kita dapat membuat kesimpulan bahawa tembikar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan orang Melayu pada masa dahulu.
Di negara kita, kegunaan tembikar telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ini dapat dibuktikan dengan penemuan serpihan-serpihan tembikar di Bukit Tanjung Lembu, Perlis, di Gua Cha, Kelantan dan Ulu Tembeling, Pahang. Tembikar merupakan salah satu daripada kraf tradisional. Anda akan didedahkan dengan secara mendalam tentang asal usul, rekabentuk, rekacorak, alat dan media, dan teknik untuk penghasilan tembikar. Anda juga akan pelajari bagaimana untuk menghasilkan satu reka bentuk baru tembikar melalui satu proses stailisasi berdasarkan kepada satu bahan semula jadi yang disarankan. Akhir sekali anda akan menghasikan satu karya tembikar dengan menggunakan bahan yang mudah bersuaian dengan aktiviti untuk dijalankan sekolah rendah. Penilaian juga dibuat terhadap setiap karya yang dihasilkan berdasarkan kemasan, kemahiran mengaplikasi alat, media dan teknik. Sesi apresiasi juga diadakan di dalam kelas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbincangkan tentang hasil kerja masing-masing dan juga hasil orang lain.
Definisi tembikar

            Tembikar tradisi Melayu menjadi kesenian yang asli.telah wujud di negara ini sejak beribu tahun dahulu. Ragambentuk dan ragam hias yang terdapat pada sei tembikar melambangkan keunikan penciptaan tukang pandai Melayu. Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Kebanyakan tembikar yang dihasilkan ini mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri di Malaysia dapat dibezakan antara satu sama lain melalui reka corak, reka bentuk atau warnanya kerana setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersediri serta dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Menggunakan bahan tanah liat yang dibentuk, dibakar dan digilap untuk dijadikan alat kegunaan harian seperti bekas menyimpan air, balang dan lain-lain lagi. Ia juga dikenali sebagai porselin wares dan seramik.

Sejarah
            Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Ini terbukti dengan penemuan tembikar di Gua Cha, Kelantan. Bukit Tambun, Ipoh, Perak, Bukit Tengku Lembu, Perlis dan Ulu Tembeling, Pahang. Kebanyakan tembikar yang dijumpai mempunyai ciri-ciri barangan harian. Tembikar berbentuk periuk, belanga dan kukusan merupakan yang paling awal dicipta oleh tukang tempatan. Bentuk tembikar yang dijumpai mempunyai persamaan dari segi susunan motif, ketebalan, dan dibuat melalui teknik pembakaran bersuhu rendah yang bewarna coklat, hitam dan kelabu gelap. Walau bagaimana pun, barangan tembikar yang dihasilkan oleh setiap negeri mempunyai teknik pembuatannya yang tersendiri serta dipengaruhi oleh budaya latar belakang si pembuat.
            Hari ini masyarakat masih meminatinya kerana nilai estatik yang terdapat pada tembikar tersebut sendiri sama ada untuk hiasan atau cenderamata. Sebagai contoh ialah labu hitam yang rupa bentuknya diilhamkan daripada buah labu dan masih mengekalkan ciri pembuatan secara tradisional.
            Terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang terkenal dengan penghasilan seni tembikar. Antaranya ialah Sayong dan Pulau Tiga di Perak, Mambong di Kelantan dan di Serawak.
Tembikar merupakan salah satu daripada hasil kraftangan Melayu tradisi. Ia diperbuat daripada tanah liat dan antara barang-barang yang diperbuat dari tembikar ialah zawan, mangkuk, pinggan, pasu dan sebagainya. Terdapat empat kawasan utama sebagai pusat kegiatan pengeluaran barangan ialah di Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan, di Sayong, Kuala Kangsar, Perak, di Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang dan beberapa tempat di Sarawak. Salah satu barangan tembikar yang begitu popular di Malaysia ialah labu sayong. Cara menghasilkan tembikar juga dipanggil seramik di empat kawasan tersebut tidak banyak berbeza cuma jenis barangan yang dihasilkan dan rekacorak hiasan atau pengemasannya. Perbezaan ini wujud kerana pengaruh adat dan cara hidup mesyarakat tempat, serta daya cipta pengusahanya. Hal ini juga memberi gambaran bahawa barangan tembikar tradisional mengutamakan ciri fungsional dari ciri perhiasan. Labu ialah sejenis buyong, takar atau kendi tembikar yang bentuk asasnya menyerupai buah labu. Sayong pula nama merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Kangsar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan