Rabu, 23 Februari 2011

KBKK

Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan membuat, mentafsir dan menilai data, idea dan maklumat untuk untuk mencari makna atau menyelesaikan masalah

•Ia meliputi kemahiran membanding dan membezakan, meringkaskan,membuat keputusan,menganalisis,membuat inferens ataupun menyelesaikan masalah Kemahiran berfikir secara kreatif ialah kebolehan memperluas dan mengemabangkan daya imaginasi, kreativiti dan inovasi dengan tujuan mendapat idea baru atau ciptaan yang asli.

•Ia meliputi kemahiran menjana dan menghasilkan idea yang inovatif atau ciptaan yang asli seperti mencipta metafora, analogi atau definisi Critical thinking... means making reasoned judgments" . Basically,Beyer sees critical thinking as using criteria to judge the quality of something.

Beyer berpendapat bahawa kemahiran berfikir secara kritis ialah membuat keputusan secara rasional atau dalam erti kata lain ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, member sebab atau membuat penentuan.

•Menurut Beyer dalam model  berfikirnya yang dikenali sebagai ‘Functional Thinking’, domain kognitif merangkumi beberapa kebolehan yang terdiri daripada membuat keputusan (decision-making), menyelesaikan masalah (problem- solving) dan menjana konsep

•Ini diikuti oleh pemikiran kritis  (critical thinking), dan pemikiran kreatif (creative thinking) pada tahap sedikit rendah dari yang pertama.

•Tahap seterusnya adalah terdiri  dari kebolehan memproses (reasoning) dan tahap yang terendah sekali adalah terdiri dari kebolehan mengingat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan