Rabu, 23 Februari 2011

PENERAPAN

Nilai murni

·         Baik hati iaitu sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara iklas yang dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.
·         Berdikari ialah kebolehan dan kesangupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab, berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri.
·         Hemah tinggi pula ialah budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta budi bahasa yang patut di amalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan anggota masyarakat yang lain, terjelma melalui kesopanan, mengakui kesalahan diri, dan ramah mesra.
·         Hormat-menghormati ialah menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi social dengan memberikan layanan yang sopan, antara lain terjelma melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga, dan pemimpin, dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan Negara, patuh kepada undang-undang dan menghargai maruah diri.
·         Kasih saying iaitu perasaan cinta, kasih dan saying yang mendalam dan berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu, termasuk saying/cinta akan nyawa, alam sekitar, Negara dan keamanan.
·         Keadilan pula perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah, termasuk juga kesaksamaan.
·         Kebebasan pula ialah dapat melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan itu tertakhluk pada peraturan dan undang-undang agama, masyarakat dan Negara, terjelma melalui kebebasan di sisi undang-undang dan kebebasan dalam sistem demokrasi.
·         Keberanian ialah kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati, termasuk berani tanpa membuta tuli, berani kerana benar, berani mempertahankan pendirian, dan berani bertanggungjawab.
·         Kebersihan fizikal dan mental  iaitu kebersihan diri dan  kebersihan persekitaran, terjelma melalui pertuturan, kelakuan, pemikiran dan amalan kerohanian.
·         Kejujuran adalah sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan iklas tanpa mengharapkan sebarang balasan, termasuk amanah, bercakap benar dan iklas.
·         Kerajinan pula adalah usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat ketekunan dan didikasi dalam melakukan sesuatu perkara, terjelma melalui kecekalan, daya usaha, dedikasi, gigih dan tekun.
·         Kerjasama ialah usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara bersama-sama pada peringkat individu, komuniti, masyarakat atau Negara untuk mencapai sesuatu matlamat, termasuk persaudaraan, tanggungjawab bersama, gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.
·         Kesederhanaan pula ialah sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakkan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya sesuatu dengan norma dan nilai masyarakat, secara umum sederhana dalam mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan kepentingan orang lain.
·         Kesyukuran iaitu perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara iklas atas nikmat dan kesenangan yang diperolehi, termasuk berterima kasih, mengenang budi, dan menghargai seseorang—focus utama ialah kesyukuran kepada tuhan.
·         Patriotism pula ialah semangat cintakan akan Negara, taat setia kepada raja dan sanggup berkorban demi Negara.
·         Rasional ialah dapat berfikir dengan berdasarkan alas an dan bukti yang nyata dan dapat melakukan tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan, termasuk mampu membuat pertimbangan, berfikir logic dan bersifat terbuka.
·         Semangat bermasyarakat pula ialah kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan semangat kekitaan seperti bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial dan masyarakat.

Sebenarnya penerapan nilai murni berlaku secara berterusan dalam hidup kita sama ada dalam masyarakat, di rumah, mahupun di sekolah. Di sekolah pula penerepan nilai murni dapat berlaku di luar dan di dalam bilik darjah. Penerapan nilai murni di dalam bilik darjah dilakukan secara lebih terancang, siap dengan objektif afektifnya, dan dilaksanakan dengan teknik-teknik tertentu.

Cara termudah untuk menyerapkan nilai murni adalah dengan menyatakan atau meneguhkan nilai berkenaan kepada murid. Misalnya, ketika beraktiviti dalam kumpulan seseoang murid menunjukkan toleransi (seperti menarik diri) demi kepentingan kumpulannya. Antara ulasan yang dapat diberikan oleh guru kepada kelas pada masa yang sesuai (seperti selepas pembentangan oleh kumpulan itu) ialah menyatakan situasi toleransi (sub nilai kerjasama) murid itu dan meminta murid-murid lain mencontohi tindakannya. Jika berkesempatan hal ini dapat dikaitkan dengan situasi lain seperti ketika berkhidmat dalam angkatan tentera.

Satu cara lain yang lebih lazim untuk menerapkan nilai murni adalah dengan menggunakan bahan-bahan bacaan yang sarat dengan nilai murni. Antara bahan yang sesuai ialah peribahasa dan cerita teladan. Satu daripada aktiviti susulan selepas aktiviti bacaan ialah murid menyatakan atau mengulas nilai murni iat. Paling tidak, guru menyatakan pengajaran sesuatu cerita. Sebagai contoh, selepas menceritakan kisah “Gagak dengan  Takar”, dinyatakan sub nilai kerajinan, iaitu kecekalan dan daya usaha gagak membuahkan kejayaan atau dengan peribahasa “usaha tangga kejayaan”. Walau bagaimanapun, tentulah lebih baik lagi jika nilai itu dinyatakan oleh murid sendiri kepada kelas atau kumpulannya.

Sesungguhnya guru mempunyai peluang yang sangat banyak untuk menerapkan nilai murni semasa berinteraksi dengan murid di dalam bilik darjah. Sebenarnya, sistem bahasa itu sendiri mengutamakan nilai murni seperti kesantunan berbahasa. Ketika mengajarkan bahan yang mengandungi maklumat pula, kemahiran murid untuk menyampaikan maklumat itu perlu dititikberatkan. Pendeknya hamper kesemua aktiviti di dalam bilik darjah dapat dimanipulasi untuk menerapkan nilai murni sama ada dengan cara meminta murid menjadikan perkara baik sebagai teladan atau meminta mereka menjadikan perkara buruk sebagai sempadan. Yang penting guru mesti menyedari akan kewujudan nilai itu, menyerlahkannya kepada kelas dan memberikan peneguhan kepada murid untuk mengamalkan nilai itu. Pendek kata, penerapan nilai murni mudah dan memang sentiasa dapat dilaksanakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan